Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menetapkan jam penggera

background image

Menetapkan jam penggera

Tetapkan penggera

1. Ketik > .
2. Di bahagian bawah skrin, hidupkan suis Penggera.
3. Sentuh dan tahan dail di luar wajah jam.
4. Luncurkan dail di sekeliling wajah jam kepada masa yang anda inginkan.

Petua: Dail membolehkan anda untuk menetapkan penggera untuk tambahan lima minit. Untuk
menetapkan penggera untuk minit tertentu, ketik masa penggera di sebelah bawah skrin. Ketik senarai
juntai bawah

Masa Penggera dan tatal ke atas atau bawah untuk melaraskan masa penggera

ditetapkan.

Tetapkan penggera tambahan

Anda boleh menetapkan berbilang penggera untuk berbunyi pada hari yang sama atau anda boleh
menetapkan penggera tambahan untuk berbunyi pada hari berlainan pada masa yang berbeza. Anda
boleh menjejak semua penggera yang anda tetapkan dengan menamakannya dan anda boleh
menetapkan nada, ulangan dan tempoh tidur sekejap penggera yang berbeza untuk setiap penggera.

1. Ketik > .
2. Ketik > .
3. Taipkan nama penggera.
4. Tetapkan masa, ulangan, nada dan tempoh tidur sekejap penggera.
5. Ketik Simpan.

Petua: Selepas anda telah menetapkan berbilang penggera, anda boleh melaraskan dengan cepat masa
penggera yang berbeza dengan menyentuh dan menahan mana-mana dail di luar wajah jam dan
meluncurkan dail sekeliling wajah jam kepada masa yang anda inginkan.

Uruskan penggera tambahan anda

1. Ketik > > .
2. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menghidupkan atau mematikan penggera, di sebelah penggera, ketik suis.
• Untuk menukar nama, masa, nada, ulangan atau tempoh tidur sekejap penggera, ketik pada

penggera.

• Untuk memadamkan penggera, sentuh dan tahan penggera. Ketik > .

Tukar nada penggera anda

1. Ketik > > .
2. Ketik penggera.

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

252

background image

3. Ketik Nada Penggera.
4. Pilih salah satu pilihan nada penggera.

Petua: Untuk menggunakan muzik yang telah anda tambahkan atau muat turun ke peranti BlackBerry
anda, ketik

.

Tetapkan penggera untuk berbilang hari

1. Ketik > > .
2. Ketik penggera.
3. Ketik Ulangan.

• Untuk menetapkan penggera harian, hidupkan suis

Harian.

• Untuk menetapkan penggera supaya berulang pada hari tertentu, pilih kotak semak di sebelah

satu hari atau lebih.

Tetapkan tidur sekejap

1. Ketik > > .
2. Ketik penggera.
3. Ketik Tidur Sekejap.
4. Pilih panjang masa.

Untuk membatalkan penggera dilelapkan, ketik waktu di bahagian bawah skrin. Ketik

.