Mencipta acara dalam aplikasi Kalendar
1. Dalam aplikasi Kalendar, ketik .
2. Masukkan maklumat untuk acara itu.
3. Ketik Simpan.
Petua: Dalam sebarang paparan jadual (contohnya, dalam paparan jadual harian atau dalam paparan
jadual mingguan), anda boleh mencipta acara hanya dengan mengetik tempat pada jadual tersebut.
Ketik blok acara baru yang muncul untuk menukar acara.
Jemput orang ke acara
Jika akaun anda menyokong menambah peserta pada acara, maka anda boleh menambah peserta
sama ada semasa anda mencipta acara atau selepas pada itu. Jika anda menambahkan akaun kerja
Microsoft Exchange, anda boleh bersambung ke pelayan jauh untuk menambahkan orang yang tiada
dalam senarai kenalan anda.
Semasa anda mencipta atau menukar acara, ketik medan
Peserta.
• Jika orang yang anda ingin tambahkan berada dalam senarai kenalan anda, mulakan dengan menaip
nama. Ketik nama dalam senarai.
• Jika orang yang ingin anda tambahkan berada dalam organisasi anda dan anda telah menambahkan
akaun kerja pada peranti anda, taipkan nama. Ketik
Cari.
Petua: Sesetengah akaun mungkin membolehkan anda melihat kelapangan peserta. Selepas anda
menambah peserta pada acara, ketik masa acara. Jika peserta mempunyai konflik jadual, nama mereka
muncul berwarna merah di sebelah gelangsar masa di bahagian atas skrin. Untuk mencari masa yang
sesuai bagi semua orang, ketik
dan gerakkan gelangsar sehingga nama peserta bertukar hijau.
Tambahkan lokasi pada acara
Semasa anda mencipta atau menukar acara, lakukan salah satu perkara berikut:
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
236
• Untuk menaip lokasi secara manual, dalam medan
Lokasi, taipkan lokasi.
• Untuk membuka aplikasi Peta dan memilih lokasi, dalam medan Lokasi , ketik . Pilih lokasi.
Pratonton zon masa dalam acara
Jika anda bertemu dengan orang lain dalam zon masa yang lain, apabila anda mencipta atau menukar
acara, anda boleh pratonton masa acara anda berlangsung dalam zon masa yang lain.
1. Semasa anda mencipta atau menukar acara, ketik masa untuk acara itu.
2. Ketik .
3. Ketik zon masa yang berkaitan dengan acara anda.
4. Ketik Selesai.
Masa untuk acara anda dalam zon masa yang terlibat muncul di atas masa mula acara anda.
Jadualkan acara yang berulang
1. Semasa anda mencipta atau menukar acara, ketik masa untuk acara itu.
2. Dalam senarai juntai bawah Ulangan, ketik pilihan.
3. Selepas anda selesai, ketik .
Tukar status ketersediaan atau masa peringatan untuk acara itu
Untuk menjimatkan masa semasa anda mencipta acara, aplikasi Kalendar BlackBerry menggunakan
tetapan lalai anda untuk status ketersediaan dan masa peringatan acara. Anda boleh menukar tetapan
ini.
1. Apabila anda mencipta atau menukar acara, ketik senarai juntai bawah Kalendar.
• Untuk menukar status kelapangan, dalam senarai juntai bawah
Status, ketik Sibuk, Tiada di
Pejabat atau Lapang atauTentatif.
• Untuk menukar masa peringatan, dalam senarai juntai bawah
Peringatan, ketik pilihan.
2. Ketik Simpan.
Tambahkan butiran panggilan sidang pada acara
Semasa anda menambahkan butiran panggilan sidang pada mesyuarat atau acara, peserta dengan
peranti BlackBerry boleh menggunakan ciri Sertai Sekarang untuk menyertai panggilan sidang tanpa
mendail pelbagai nombor dan titian panggilan sidang.
Petua: Anda boleh menyimpan butiran panggilan sidang anda dalam tetapan aplikasi Kalendar
BlackBerry supaya anda tidak perlu menambahkan secara manual butiran pada setiap mesyuarat
panggilan sidang.
1. Apabila anda mencipta atau menukar acara, ketik senarai juntai bawah Kalendar.
2. Dalam senarai juntai bawah Persidangan, lakukan salah satu perkara berikut:
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
237
• Untuk menambahkan butiran panggilan sidang baru pada acara anda, ketik
Tambah Bridge.
Masukkan nama, nombor telefon dan kod akses. Ketik
Simpan.
• Jika anda menyimpan butiran panggilan sidang dalam tetapan aplikasi Kalendar anda, ketik titian
panggilan sidang.