Penyelesaian masalah: Aplikasi Kalendar
Saya tidak dapat menyegerakkan kalendar saya
Cuba perkara berikut:
• Jika kalendar anda dikaitkan dengan salah satu akaun anda (contohnya, kalendar Gmail anda),
semak untuk memastikan penyegerakan untuk kalendar dihidupkan.Ketik Pada skrin utama, leret ke
bawah dari bahagian atas skrin. >
Akaun. Ketik akaun. Semak untuk memastikan suis
Segerakkan Kalendar dihidupkan.
• Jika kalendar disimpan pada komputer anda dalam Microsoft Outlook atau Apple iCal, cuba gunakan
BlackBerry Link untuk menyegerakkan maklumat kalendar pada komputer anda dengan peranti
BlackBerry anda. Untuk maklumat selanjutnya, lihat bantuan BlackBerry Link.
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
243
• Jika kalendar anda masih tidak disegerakkan, cuba mengalih keluar dan menambah semula akaun
yang dikaitkan dengan kalendar itu.
Saya tidak dapat membalas atau menghantar jemputan mesyuarat
Semak untuk memastikan anda telah menambahkan akaun e-mel yang mempunyai kalendar yang
disepadukan. Sesetengah akaun mungkin tidak menyertakan ciri kalendar.
Acara baru atau yang dikemas kini tidak muncul dalam kalendar saya
Anda mungkin perlu menyegarkan semula kalendar anda. Dalam aplikasi Kalendar, ketik
>
.
Saya mempunyai entri duplikasi kalendar
Jika anda mengimport entri kalendar menggunakan BlackBerry Link, anda mungkin melihat duplikasi
entri di peranti anda selepas menyegerakkan peranti dan komputer anda.
Anda boleh mengalih keluar duplikasi dengan memadam duplikasi dalam buku alamat anda atau dengan
mengosongkan data setempat anda pada peranti anda.
Untuk mengalih keluar entri duplikasi kalendar dengan memadamkan data peranti setempat anda,
lakukan yang berikut:
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Akaun.
3. Ketik .
4. Ketik Kosongkan Kalendar Setempat.
AWAS: Mengosongkan data setempat anda akan memadamkan secara kekal sebarang entri kalendar
yang anda simpan secara setempat di peranti anda.