Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Tambah butiran WebEx ke acara

background image

Tambah butiran WebEx ke acara

Jika anda memuat turun aplikasi Cisco WebEx Meetings, dan mempunyai akaun yang sah yang
membolehkan penjadualan mesyuarat WebEx, anda boleh menambah butiran WebEx ke acara kalendar
yang anda susun yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang peserta.

Nota: Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun e-mel kerja, aplikasi Cisco WebEx Meetings
mesti dipasang dalam ruang kerja pada peranti BlackBerry anda. Jika acara kalendar anda dikaitkan
dengan akaun e-mel peribadi, aplikasi Cisco WebEx Meetings mesti dipasang dalam ruang peribadi
pada peranti anda.

1. Apabila anda mencipta acara kalendar, ketik senarai juntai bawah Kalendar.
2. Hidupkan suis Tambah WebEx.
3. Ketik Simpan.
4. Pada skrin Mesyuarat WebEx, masukkan kata laluan WebEx anda.
5. Ketik Jadual.

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

239

background image

Butiran WebEx dihantar kepada penganjur dan peserta acara dalam e-mel.

Tambah butiran WebEx ke acara sedia ada

Jika anda penganjur acara kalendar yang dijadualkan, dan anda log masuk ke aplikasi Cisco WebEx
Meetings pada peranti BlackBerry anda, anda boleh menambah butiran WebEx ke acara sedia ada.

Nota: Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun e-mel kerja, aplikasi Cisco WebEx Meetings
mesti dipasang dalam ruang kerja pada peranti anda. Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun
e-mel peribadi, aplikasi Cisco WebEx Meetings mesti dipasang dalam ruang peribadi pada peranti anda.

1. Apabila anda menukar acara, ketik senarai juntai bawah Kalendar.
2. Hidupkan suis Tambah WebEx.
3. Ketik Simpan.
4. Pada skrin Mesyuarat WebEx, masukkan kata laluan WebEx anda.
5. Ketik Jadual.

Butiran WebEx dihantar kepada peserta acara dalam e-mel.

Edit butiran WebEx untuk acara sedia ada

Jika anda penganjur acara kalendar yang dijadualkan, dan anda log masuk ke aplikasi Cisco WebEx
Meetings pada peranti BlackBerry anda, anda boleh mengedit butiran WebEx untuk acara sedia ada.

Nota: Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun e-mel kerja, aplikasi Cisco WebEx Meetings
mesti dipasang dalam ruang kerja pada peranti anda. Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun
e-mel peribadi, aplikasi Cisco WebEx Meetings mesti dipasang dalam ruang peribadi pada peranti anda.

1. Apabila anda menukar acara anda, masukkan maklumat yang dikemas kini seperti masa acara atau

peserta, dan ketik

Simpan.

2. Pada skrin Mesyuarat WebEx, tukar butiran untuk memadankan maklumat yang dikemas kini dalam

acara. Masukkan kata laluan WebEx anda.

3. Ketik Jadual.

Butiran WebEx dihantar kepada peserta acara dalam e-mel.

Menyertai acara WebEx

Untuk menyertai acara, anda mesti mempunyai aplikasi Cisco WebEx Meetings yang dipasang pada
peranti BlackBerry anda.

Nota: Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun e-mel kerja, aplikasi Cisco WebEx Meetings
mesti dipasang dalam ruang kerja pada peranti anda. Jika acara kalendar anda dikaitkan dengan akaun
e-mel peribadi, aplikasi Cisco WebEx Meetings mesti dipasang dalam ruang peribadi pada peranti anda.

Untuk menyertai acara kalendar yang mengandungi butiran WebEx, lakukan salah satu perkara berikut:

• Dalam peringatan kalendar, ketik

Mulakan WebEx.

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

240

background image

• Dalam acara kalendar, pada skrin acara, ketik Mulakan WebEx, atau ketik > .