Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Paparan Kenalan

background image

Paparan Kenalan

Apabila anda mengetik kenalan di aplikasi Kenalan, peranti BlackBerry anda menunjukkan banyak
butiran mengenai orang tersebut. Sesetengah maklumat, seperti hari lahir kenalan, syarikat tempat kerja
orang itu serta gambarnya diambil daripada akaun rangkaian sosial yang anda tambahkan pada peranti
anda, seperti Twitter atau LinkedIn. Anda boleh menambahkan maklumat lain. Terdapat tiga tab atau
paparan yang boleh anda ketik melaluinya.

Butiran

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

246

background image

Paparan ini menunjukkan gambaran keseluruhan butiran kenalan: cara menghubungi mereka,
tempat kerja mereka, hari lahir mereka dan maklumat penting lain mengenai mereka. Anda boleh
mengetik pada nombor telefon atau alamat e-mel untuk mula berhubung dengan kenalan.

Kemas kini

Paparan ini menunjukkan kemas kini terbaru kenalan anda daripada aplikasi rangkaian sosial
seperti Twitter dan Facebook. Jika anda menambahkan nama syarikat kenalan, paparan Kemas
Kini turut menunjukkan berita tentang syarikat itu kepada anda. Ketik pada kemas kini untuk
melihatnya dalam aplikasi rangkaian sosial atau pelayar.

Aktiviti

Paparan ini menunjukkan interaksi akan datang dan interaksi lalu dengan kenalan anda. Ketik pada
sebarang aktiviti untuk terus ke acara itu pada peranti anda.