Tukar tetapan keselamatan Pelayar
Dalam Pelayar, ketik
> >
Privasi dan Keselamatan.
Tetapan keselamatan
Alih Keluar Item Sejarah
Nyatakan kekerapan peranti BlackBerry anda memadamkan maklumat sema imbas secara
automatik daripada sejarah Pelayar BlackBerry anda.
Jangan Jejak
Beritahu laman web yang anda tidak mahu aktiviti menyemak imbas anda dijejaki.
Benarkan SSLv3
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
270
SSLv3 adalah protokol keselamatan yang mungkin diperlukan untuk menyambung ke laman web
yang lebih lama. Data yang dihantar dan masuk dari laman web yang memerlukan SSLv3 mungkin
bukan peribadi.
Sekat Tetingkap Timbul
Memilih sama ada membenarkan tetingkap pop muncul atau tidak dalam sesi semak imbas anda.
Terima Kuki
Biarkan laman web menggunakan kuki untuk menghantar dan menerima maklumat antara laman
web dan Pelayar. Kuki dapat membantu kerana laman web boleh menggunakannya untuk
mengingati maklumat tentang keutamaan dan maklumat pengguna anda tetapi kuki boleh
menimbulkan risiko keselamatan juga.
Kosongkan Kuki dan Data Lain
Kosongkan semua maklumat Pelayar yang disimpan.
Kosongkan Sejarah
Kosongkan sejarah Pelayar anda.