Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Perihal BlackBerry Assistant

background image

Perihal BlackBerry Assistant

Anda boleh menggunakan BlackBerry Assistant untuk melakukan pelbagai tugasan peribadi dan kerja,
dan berinteraksi dengan peranti anda menggunakan bahasa biasa.

Aplikasi BlackBerry Assistant boleh menjadikan berbilang tugas lebih mudah. Selain menavigasi ke
aplikasi tertentu, anda boleh sahaja membuka BlackBerry Assistant dan menyebutkan permintaan anda.
BlackBerry Assistant memberi respons untuk membantu anda melengkapkan tugas atau berinteraksi
dengan cepat.

Jika anda berada dalam mesyuarat dan memerlukan keadaan yang senyap, anda juga boleh menaipkan
permintaan anda dalam BlackBerry Assistant menggunakan bahasa biasa. Apabila anda menaip
permintaan anda, BlackBerry Assistant kekal senyap dan bertindak balas hanya dengan teks pada skrin.

Apabila anda sebutkan permintaan anda melalui peranti yang didayakan Bluetooth seperti set kepala,
BlackBerry Assistant memberi respons dengan maklumat dan arahan yang lebih terperinci bagi
membantu anda melengkapkan tugas tanpa melihat skrin.

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

229