 
Perkara yang anda boleh lakukan dengan BlackBerry Assistant
Anda boleh menggunakan BlackBerry Assistant untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam aplikasi dan 
perkhidmatan berikut. Bergantung kepada bahasa peranti anda, tetapan BlackBerry Assistant atau 
rangkaian wayarles, anda mungkin tidak dapat melaksanakan sebahagian daripada tugas ini.
Aplikasi atau 
Perkhidmatan
Tugas
E-mel
Menghantar e-mel, membalas e-mel dan mencari mesej e-mel anda.
BBM
Menghantar mesej BBM, membalas mesej BBM dan mencari mesej BBM 
anda.
Telefon
Buat panggilan menggunakan nama kenalan atau nombor telefon, dan 
semak atau memanggil kembali panggilan tidak dijawab.
Kalendar
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
230
 
Aplikasi atau 
Perkhidmatan
Tugas
Mencipta acara kalendar, mengedit acara kalendar, menjemput rakan 
sekerja ke mesyuarat dan mencari kalendar anda.
Pengetahuan
Dapatkan jawapan kepada ribuan soalan dengan bantuan Wolfram Alpha.
Pemesejan Teks
Menghantar mesej teks, membalas mesej teks dan mencari mesej teks 
anda.
Aplikasi dan Tetapan
Buka aplikasi dan tukar beberapa tetapan peranti anda.
Cari
Mencari di Internet dengan enjin carian pilihan anda, atau mencari di peranti 
anda dengan kata kunci.
Navigasi
Dapatkan arah ke alamat tertentu, pusat bandar atau tempat menarik.
Penggera
Menetapkan penggera baru, menukar penggera sedia ada untuk masa atau 
kekerapan yang baru, dan mematikan penggera.
Pemasa
Menetapkan pemasa dan menjeda, menyambung semula atau 
menghentikan pemasa.
Menghantar mesej Facebook, membalas mesej anda dan mengemas kini 
status Facebook anda.
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
231
 
Aplikasi atau 
Perkhidmatan
Tugas
Mengirim tweet, mengetahui topik trend, mencari mesej terus Twitter dan 
menghantar mesej terus.
Foursquare
Daftar masuk ke lokasi kegemaran anda dengan Foursquare.
Muzik
Mencari pustaka muzik anda, memainkan lagu kegemaran atau senarai main 
anda, dan menjeda, mengocok atau melangkau lagu ketika ia dimainkan.
Peringatan
Mencipta tugas, nota dan peringatan dalam BlackBerry Remember, dan 
mencari tugas, nota dan peringatan anda.
Cuaca
Semak ramalan cuaca tempatan, ramalan cuaca bandar yang lain, dan lain-
lain maklumat cuaca.
Tempat
Mencari perniagaan dan tempat menarik yang berdekatan atau mencari 
perniagaan dan tempat menarik di bandar yang lain.
Sukan
Menyemak jaringan, jadual, kedudukan dan maklumat lain untuk pelbagai 
liga sukan profesional di Amerika Utara dan Eropah.
Filem
Menyemak waktu tayangan untuk filem tertentu atau menyemak 
persembahan di teater tertentu.