Lihat lampiran yang dihantarkan kepada anda
Anda boleh mencari dan melihat dengan pantas fail yang dihantar kepada anda dan mengelakkan
daripada mencari menerusi mesej anda.
Dalam BlackBerry Hub, lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk melihat semua fail yang anda terima sebagai lampiran, ketik .
• Untuk melihat lampiran dalam mesej, ketik mesej. Ketik lampiran.
• Untuk melihat lampiran bagi akaun tertentu, ketik . Ketik akaun. Ketik .
Memuat turun lampiran dalam mesej
Anda boleh memuat turun satu fail atau berbilang fail yang anda terima sebagai lampiran dalam e-mel.
• Dalam mesej dengan satu lampiran atau untuk memuat turun satu lampiran pada satu masa, ketik
lampiran.
• Untuk memuat turun semua lampiran dalam mesej, ketik .
Ketik lampiran untuk melihat, berkongsi atau menyimpan fail yang dimuat turun.
BlackBerry Hub dan e-mel
Panduan Pengguna
70
Isih lampiran
Anda boleh mengisih lampiran mengikut tarikh, pengirim, nama, jenis (contohnya, mengikut gambar dan
dokumen) atau akaun.
1. Dalam paparan senarai di BlackBerry Hub, ketik .
2. Ketik > .
3. Dalam senarai juntai bawah Isih, ketik pilihan isihan.
Kongsi atau simpan lampiran
1. Dalam paparan senarai di BlackBerry Hub, ketik .
2. Sentuh dan tahan lampiran.
3. Ketik .
4. Apabila muat turun selesai, sentuh dan tahan lampiran.
• Untuk berkongsi lampiran, ketik .
• Untuk menyimpan lampiran, ketik .
Petua: Untuk berkongsi atau menyimpan berbilang lampiran, ketik
>
. Pilih beberapa lampiran.
Ketik
atau
.
Buka e-mel yang berkaitan untuk lampiran
1. Dalam paparan senarai di BlackBerry Hub, ketik .
2. Sentuh dan tahan lampiran.
3. Ketik
.