Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Melihat mesej penting dengan BlackBerry Priority Hub

background image

Melihat mesej penting dengan BlackBerry Priority Hub

Dengan ciri BlackBerry Priority Hub, mesej penting diserlahkan supaya anda dapat mencarinya dengan
pantas dalam BlackBerry Hub.

Untuk mengenal pasti mesej keutamaan, peranti BlackBerry anda melihat sama ada mesej ditandakan
sebagai penting, sama ada pengirim merupakan kenalan yang kerap dihubungi dan kriteria lain.

Anda boleh membantu peranti anda mengetahui mesej mana yang penting kepada anda dengan
mengubah keutamaan mesej. Contohnya, jika mesej adalah penting kepada anda tetapi tidak disertakan
dalam BlackBerry Priority Hub, anda boleh menambahnya.

Lihat mesej keutamaan anda sahaja

Dalam BlackBerry Hub, lakukan salah satu perkara berikut:

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

68

background image

• Ketik > Priority Hub.
• Jika Kriteria Tapisan Cubitan anda ditetapkan kepada Mesej Keutamaan, luncurkan jari anda dengan

merapatkannya untuk mengezum masuk pada mesej keutamaan anda.

Petua: Anda boleh menentukan mesej yang dipaparkan apabila anda mengezum masuk. Dalam
BlackBerry Hub, ketik

> >

Paparan dan Tindakan. Dalam senarai juntai bawah Kriteria Tapisan

Cubitan, pilih Mesej Keutamaan, Mesej Belum Dibaca, Mesej Dibenderakan, Mesej Draf, Jemputan
Mesyuarat
, Mesej Dihantar atau Mesej Tahap 1.

Tambahkan mesej atau alih keluar mesej daripada BlackBerry Priority Hub

Menambah mesej dan mengalih keluar mesej daripada BlackBerry Priority Hub membantu peranti
BlackBerry anda mengetahui mesej mana yang hendak diserlahkan sebagai keutamaan pada masa
hadapan.

1. Dalam BlackBerry Hub, sentuh dan tahan mesej.

• Untuk menambah mesej pada BlackBerry Priority Hub, ketik .
• Untuk mengalih keluar mesej daripada BlackBerry Priority Hub, ketik .

2. Dalam kotak dialog, pilih sebab mengapa mesej itu penting atau tidak penting.
3. Ketik OK.

Tukar jenis mesej yang ditandakan sebagai keutamaan

Secara lalainya, jika anda memulakan perbualan, jika pengirim mesej mempunyai nama keluarga yang
sama seperti anda atau jika mesej ditandakan dengan kepentingan tinggi, maka mesej itu disertakan
dalam BlackBerry Priority Hub. Anda boleh mematikan setiap tetapan ini.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Priority Hub.
2. Matikan suis Pengirim mempunyai Nama Akhir Sama dengan Saya, Mesej Dihantar dengan

Kepentingan Tinggi, atau Saya Memulakan Perbualan.

Mencipta peraturan keutamaan

Anda boleh mencipta peraturan supaya mesej yang dihantar daripada akaun tertentu, atau dengan
subjek tertentu, atau dengan lain-lain kriteria tertentu dihantar ke BlackBerry Priority Hub anda. Anda
juga boleh menetapkan Pemberitahuan Tahap 1 untuk mesej tertentu supaya anda menerima
pemberitahuan tersuai apabila mesej ini dihantar kepada anda.

1. Ketik > > Priority Hub.
2. Ketik .
3. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menambah nama pada peraturan anda, masukkan nama dalam medan

Nama Penapis.

• Untuk memilih akaun yang peraturannya digunakan, pilih akaun dalam senarai juntai bawah

Akaun.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

69

background image

• Untuk benderakan mesej dari alamat e-mel tertentu sebagai keutamaan, masukkan alamat e-mel

dalam medan

Daripada.

• Untuk benderakan mesej yang dihantar ke alamat e-mel tertentu sebagai keutamaan, masukkan

alamat e-mel dalam medan

Hantar kepada.

• Untuk benderakan mesej dari alamat e-mel tertentu sebagai keutamaan, masukkan alamat e-mel

dalam medan

Subjek.

• Untuk benderakan mesej yang dihantar terus kepada anda atau Sk kepada anda sebagai

keutamaan, pilih kotak semak

Dihantar Terus kepada Saya atau Sk: kepada Saya.

• Untuk benderakan mesej dengan kepentingan tertentu sebagai keutamaan, dalam senarai juntai

bawah

Kepentingan, pilih pilihan.

• Untuk menetapkan Pemberitahuan Tahap 1 bagi peraturan anda, pilih kotak semak

Dayakan

Pemberitahuan Tahap 1.

4. Ketik Cipta.

Nota: Pemberitahuan Tahap 1 membatalkan tetapan pemberitahuan sedia ada. Apabila anda
menetapkan Pemberitahuan Tahap 1, anda akan diberitahu mengenai mesej Tahap 1 dengan nada
dering tersuai. BlackBerry Hub memaparkan mesej Tahap 1 dalam warna merah. Untuk mengubah
tetapan anda bagi Pemberitahuan Tahap 1, ketik

Tetapan Pemberitahuan Tahap 1.

Matikan BlackBerry Priority Hub

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Priority Hub.
2. Matikan suis Priority Hub .