Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Melindungi e-mel anda

background image

Melindungi e-mel anda

Anda boleh menandatangani secara digital atau menyulitkan mesej jika anda menggunakan akaun e-mel
kerja yang menyokong S/MIME atau mesej dilindungi PGP atau penyulitan e-mel IBM Notes di peranti
BlackBerry anda. Menandatangani secara digital atau menyulitkan mesej menambah tahap keselamatan
tambahan pada mesej e-mel yang anda hantarkan daripada peranti anda.

Tandatangan digital direka bentuk untuk membantu penerima mengesahkan kesahihan dan integriti
mesej yang anda hantar. Dengan mesej dilindungi S/MIME, apabila anda menandatangani mesej secara
digital menggunakan kunci peribadi anda, penerima menggunakan kunci awam anda untuk
mengesahkan bahawa mesej adalah daripada anda dan mesej itu tidak diubah.

Penyulitan direka bentuk untuk memastikan mesej itu sulit. Dengan mesej dilindungi S/MIME, apabila
anda menyulitkan mesej, peranti anda menggunakan kunci awam penerima untuk menyulitkan mesej.
Penerima menggunakan kunci peribadi mereka untuk menyahsulit mesej.

Walaupun akaun e-mel anda tidak disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry, jika ia
disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync dan organisasi anda menggunakan direktori LDAP, anda
boleh menyulitkan mesej anda menggunakan S/MIME.

Jika anda menggunakan akaun kerja yang menyokong mesej dilindungi PGP, anda boleh
menandatangani secara digital, menyulitkan, atau menandatangani dan menyulitkan mesej
menggunakan perlindungan PGP. Anda perlu menyimpan kunci awam penerima di peranti BlackBerry
anda untuk menghantar mesej e-mel yang disulitkan. Anda perlu menyimpan kunci awam penerima di
peranti anda untuk menghantar mesej e-mel yang ditandatangani secara digital.

Jika peranti anda dikaitkan dengan CRL atau pelayan OCSP, apabila anda menambah penerima pada
mesej yang disulitkan, peranti anda cuba mendapatkan semula status sijil untuk setiap penerima. Anda
tidak dapat menghantar mesej sehingga status sijil diterima bagi semua penerima. Jika sijil tidak ditemui
atau tidak sah, nama penerima muncul berwarna merah.

Sediakan pemesejan dilindungi S/MIME

Anda perlu menyimpan kunci dan sijil peribadi di peranti BlackBerry anda untuk menghantar mesej e-
mel yang ditandatangani secara digital atau disulitkan menggunakan pemesejan dilindungi S/MIME.
Anda boleh menyimpan kunci dan sijil dengan mengimport fail daripada mesej e-mel tempat kerja atau
kad media.

Jika anda mempunyai akaun e-mel kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry
dan akaun Microsoft Exchange ActiveSync peribadi, apabila anda mengimport sijil daripada ruang
peribadi di peranti, anda boleh menyimpannya dalam stor kekunci di ruang kerja atau peribadi.

Peranti BlackBerry anda menyokong kunci dan sijil dalam format fail dan sambungan nama fail berikut:

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

76

background image

• PEM (.pem, .cer)
• DER (.der, .cer)
• PFX (.pfx, .p12)

1. Buka mesej e-mel tempat kerja dengan lampiran sijil.
2. Ketik .
3. Jika perlu, masukkan kata laluan.
4. Ketik Import atau Import Semua.
5. Ketik .
6. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Akaun E-mel.
7. Ketik akaun.
8. Ketik Tetapan E-mel Selamat.
9. Jika perlu, ketik tab S/MIME.
10.Hidupkan suis S/MIME.
11.Di bawah Sijil Tandatangan, dalam senarai juntai bawah, ketik sijil yang anda import.
12.Di bawah Sijil Penyulitan, dalam senarai juntai bawah, ketik sijil yang anda import.

Sediakan mesej dilindungi PGP

Jika anda menggunakan akaun kerja yang menyokong mesej dilindungi PGP, anda boleh
menandatangani secara digital, menyulitkan, atau menandatangani dan menyulitkan mesej
menggunakan perlindungan PGP. Anda perlu menyimpan kunci awam penerima di peranti BlackBerry
anda untuk menghantar mesej e-mel yang disulitkan. Anda perlu menyimpan kunci awam penerima di
peranti anda untuk menghantar mesej e-mel yang ditandatangani secara digital.

Peranti anda menyokong kunci dalam format dan sambungan nama fail berikut:

• PEM (.pem, .cer)
• ASC (.asc)

1. Buka mesej e-mel tempat kerja dengan lampiran kunci PGP.
2. Ketik .
3. Ketik Import atau Import Semua.
4. Jika perlu, masukkan kata laluan.
5. Ketik .
6. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Akaun E-mel.
7. Ketik akaun.
8. Ketik Tetapan E-mel Selamat.
9. Jika perlu, ketik tab PGP.
10.Hidupkan suis PGP.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

77

background image

11.Di bawah Kunci Tandatangan PGP, dalam senarai juntai bawah, ketik kunci yang anda import.
12.Di bawah Kunci Penyulitan PGP, dalam senarai juntai bawah, ketik kunci yang anda import.

Hidupkan penyulitan e-mel IBM Notes

Akaun kerja yang menyokong penyulitan e-mel IBM Notes mesti ditambahkan pada peranti anda.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Akaun E-mel.
2. Ketik akaun.
3. Ketik Tetapan E-mel Selamat.
4. Jika perlu, ketik tab NNE.
5. Hidupkan suis NNE.

Tandatangan atau sulitkan mesej

Anda harus menggunakan akaun e-mel kerja yang menyokong penyulitan mel IBM Notes untuk
menghantar mesej e-mel yang disulitkan, atau akaun e-mel yang menyokong S/MIME atau mesej
dilindungi PGP untuk menghantar mesej e-mel yang ditandatangani atau disulitkan.

1. Apabila anda mengarang mesej, luncurkan jari anda ke bawah pada skrin.
2. Dalam senarai juntai bawah, ketik pilihan tandatangan atau penyulitan.

Nota: Jika peranti BlackBerry anda dikaitkan dengan CRL atau pelayan OCSP, apabila anda menambah
penerima pada mesej yang disulitkan, peranti anda cuba mendapatkan semula status sijil untuk setiap
penerima. Anda tidak dapat menghantar mesej sehingga status sijil diterima bagi semua penerima. Jika
sijil tidak ditemui atau tidak sah, nama penerima muncul berwarna merah.