Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Mengenai mesej amaran awam

background image

Mengenai mesej amaran awam

Sistem amaran awam digunakan untuk menghantar mesej makluman kepada pengguna dengan peranti
mudah alih yang didayakan. Mesej amaran awam ialah mesej teks yang memaklumkan pengguna
tentang kemungkinan ancaman terhadap keselamatan dalam kawasan mereka. Mesej boleh termasuk
amaran cuaca buruk, makluman kanak-kanak hilang atau kecemasan negara.

Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, mesej amaran awam tidak dikira dalam
penggunaan data di bawah pelan perkhidmatan wayarles anda. Ciri ini mungkin tidak disokong,
bergantung pada rantau, pembekal khidmat dan rangkaian wayarles anda. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat atau pentadbir anda.

Berhenti melanggan mesej amaran awam

Anda mungkin tidak dapat berhenti melanggan sesetengah mesej amaran awam, bergantung pada
rantau dan rangkaian wayarles anda.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Pemberitahuan Kecemasan.
2. Matikan suis di sebelah jenis amaran awam.