Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Tukar cara mesej dipaparkan dalam BlackBerry Hub

background image

Tukar cara mesej dipaparkan dalam BlackBerry Hub

Menukar sama ada BlackBerry Hub menunjukkan mesej anda yang dihantar atau mesej yang difailkan,
bagaimana anda melihat jalur mesej, dan bagaimana tarikh muncul di bahagian atas senarai mesej dan
pemberitahuan anda. Anda juga boleh menukar bagaimana nama penghantar dipaparkan, sama ada
gambar dimuat turun secara automatik dan banyak lagi.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Paparan dan Tindakan.
2. Tukar tetapan anda. Contohnya, menukar mana-mana tetapan berikut:

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

84

background image

• Untuk melihat mesej sebagai jalur perbualan dan bukannya satu mesej, dalam senarai juntai

bawah

Gaya Paparan, ketik Perbualan.

• Untuk berhenti menunjukkan mesej difailkan yang telah dibaca, matikan suis

Tunjukkan E-mel

Difailkan Dibaca.

• Untuk berhenti menunjukkan mesej dihantar, matikan suis

Tunjukkan E-mel Dihantar.

• Untuk menerima pemberitahuan semasa anda mengalih mesej ke folder yang tidak disegerakkan

ke peranti anda, hidupkan suis

Maklumkan Apabila Folder Tidak Disegerakkan.

• Untuk menetapkan BlackBerry Hub agar mengekalkan paparan yang anda tinggalkan apabila

peranti anda tidak aktif, matikan suis

Kembali ke Paparan Lalai Apabila Melahu.

Petua: Apabila anda menukar Gaya Paparan anda kepada Perbualan, satu baris teks pratonton
kelihatan dalam setiap e-mel dalam paparan senarai anda supaya anda boleh dengan cepat mengenal
pasti mesej e-mel yang anda perlu baca dalam perbualan tertentu.

Kod warnakan akaun e-mel anda

Untuk membezakan antara jenis akaun yang berlainan dalam BlackBerry Hub, anda boleh memilih warna
untuk setiap akaun anda. Warna muncul di sebelah kiri dalam senarai mesej anda.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Pengurusan Hub.
2. Ketik akaun.
3. Dalam senarai juntai bawah Warna Akaun, ketik warna.