Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Saling berhubung dengan BlackBerry Hub

background image

Saling berhubung dengan BlackBerry Hub

E-mel

Anda boleh menambahkan hampir apa jua akaun e-mel yang sedia ada pada peranti anda—e-mel
tempat kerja dan e-mel berasaskan web juga.

Mesej teks (SMS/MMS)

Jika pemesejan teks merupakan sebahagian daripada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda
dapat mencari dan membalas SMS anda dalam BlackBerry Hub.

Rangkaian sosial

Jika anda menambahkan akaun Facebook pada peranti anda, anda dapat menerima dan
membalas pemberitahuan, mengemas kini status anda dan menghantar mesej Facebook,
kesemuanya dari BlackBerry Hub. Jika anda menambahkan akaun Twitter, anda boleh mengarang
tweet, mengetahui perkembangan sebutan anda dan menghantar mesej langsung. Dan, jika anda
menambahkan akaun LinkedIn, anda dapat menerima jemputan untuk berhubung dengan kenalan
perniagaan, menghantar mesej kepada orang hubungan anda dan mengemas kini status LinkedIn
anda.

BBM dan pemesejan segera

Setelah anda menambahkan aplikasi pemesejan segera pada peranti anda, anda dapat mengakses
sembang melalui BlackBerry Hub.

Panggilan dan mel suara

Anda boleh membuat panggilan secara langsung dari BlackBerry Hub. BlackBerry Hub
menunjukkan anda panggilan yang telah dibuat dan diterima, termasuk sebarang panggilan tidak
dijawab dan mesej mel suara.

Acara akan datang

Tanpa meninggalkan BlackBerry Hub, anda dapat mengintai mesyuarat serta acara yang akan
datang, dan—jika anda menambahkan akaun Facebook anda—hari lahir rakan.

Pemberitahuan

BlackBerry Hub mengumpulkan pemberitahuan anda tentang mesej PIN baru, perubahan zon
masa, kemas kini perisian, aplikasi pihak ketiga dan lain-lain lagi. Pembekal khidmat anda mungkin
menghantar pemberitahuan Kit Alat SIM kepada anda yang dipaparkan dalam BlackBerry Hub.
Apabila anda mengetik pemberitahuan ini, aplikasi Kit Alat SIM akan dilancarkan.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

61