Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Apa yang perlu dilakukan jika peranti anda hilang atau dicuri

background image

Apa yang perlu dilakukan jika peranti anda hilang atau dicuri

Jika anda sudah menyediakan BlackBerry Protect pada peranti BlackBerry, lawat

http://

protect.blackberry.com

dan daftar masuk dengan BlackBerry ID anda. Daripada laman web BlackBerry

Protect, anda boleh:

• Mengunci peranti anda dan menukar kata laluan peranti anda
• Menambah mesej pada skrin utama peranti anda
• Melihat lokasi peranti anda pada peta.
• Memadam semua data pada peranti anda.
• Benderakan peranti sebagai dicuri

Jika peranti anda tidak disambungkan ke rangkaian wayarles, atau jika perkhidmatan data dimatikan,
anda masih perlu cuba mengunci peranti anda dan memadam data anda dengan menggunakan laman
web BlackBerry Protect. Apabila peranti anda disambung lagi ke rangkaian wayarles atau perkhidmatan
data dihidupkan, peranti anda direka untuk mengunci dan memadam semua data.

Jika anda belum menyediakan BlackBerry Protect pada peranti anda, hubungi pembekal perkhidmatan
atau pentadbir anda dan laporkan peranti anda sebagai hilang atau dicuri. Pembekal perkhidmatan atau
pentadbir anda mempunyai keupayaan untuk mengunci peranti dan memadam data anda dari jauh.

Jika anda mengesyaki peranti anda dicuri dan mencari peranti anda menggunakan laman web
BlackBerry Protect, hubungi agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda untuk
mendapatkan semula peranti anda. Jangan cuba untuk mendapatkan semula peranti anda sendiri.