Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Mencari dan melindungi peranti yang hilang

background image

Mencari dan melindungi peranti yang hilang

BlackBerry Protect merangkumi ciri yang direka untuk membantu anda mencari peranti BlackBerry anda
dan membantu melindungi data di peranti anda jika peranti hilang atau dicuri. Anda boleh menghidupkan
BlackBerry Protect apabila pertama kali anda menyediakan peranti anda, atau kemudian dalam tetapan
peranti anda. Anda boleh menguruskan sehingga tujuh peranti daripada akaun BlackBerry Protect anda.

Selepas anda menghidupkan BlackBerry Protect, lawat

http://protect.blackberry.com

dan daftar

masuk dengan BlackBerry ID anda. Pada tapak web BlackBerry Protect , anda boleh melihat lokasi
semasa peranti anda pada peta, membuatnya berdering (walaupun peranti anda dalam mod senyap)
atau memaparkan mesej tersuai pada peranti anda yang dikunci untuk memberi arahan tentang cara
untuk menghubungi anda. Jika peranti anda dicuri, anda boleh menguncinya dari jauh, menukar kata

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

300

background image

laluan atau memadamkan semua data daripada peranti anda. Apabila anda membenderakan peranti
anda sebagai dicuri dan memadam semua data daripada peranti anda menggunakan BlackBerry Protect
laman web, BlackBerry Protect kekal didayakan pada peranti yang hilang atau dicuri. Jika seseorang
menjumpai peranti anda, orang itu tidak boleh menyediakannya tanpa mengetahui BlackBerry ID anda.

Jika anda menambah akaun e-mel tempat kerja pada peranti anda, pentadbir anda mungkin
menyahdayakan BlackBerry Protect atau keupayaan untuk menukar kata laluan anda dari jauh atau
melihat lokasi peranti anda.

Tentang perlindungan anti-kecurian

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Protect, perlindungan anti-kecurian dihidupkan. Orang lain tidak
boleh melakukan perkara berikut tanpa mengetahui BlackBerry IDanda:

• Matikan BlackBerry Protect
• Padam data pada peranti anda menggunakan ciri Pemadaman Keselamatan pada menu Tetapan.
• Sediakan peranti anda untuk digunakan selepas memadamkan data peranti anda dengan

memasukkan kata laluan yang salah sebanyak 10 kali.

Apabila BlackBerry Protect dihidupkan, jika seseorang cuba menyediakan peranti anda dengan
BlackBerry IDyang berlainan, peranti tidak akan dapat digunakan.

Anda boleh mematikan ciri anti-kecurian dengan mematikan BlackBerry Protect pada peranti anda.
Untuk mematikan BlackBerry Protect, anda perlu memasukkan kata laluan untuk BlackBerry IDanda.