Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Kunci atau buka kunci peranti anda

background image

Kunci atau buka kunci peranti anda

Petua: Satu ketikan pantas pada kekunci Kuasa/Kunci akan menjadikan peranti anda tidur. Perkara ini
akan membantu anda menjimatkan kuasa bateri.

Pintasan papan kekunci: Kunci skrin anda

Tindakan

Pintasan

Mengunci skrin peranti BlackBerry anda daripada
skrin utama, BlackBerry Hub, atau aplikasi Telefon

Tekan dan tahan

K

Kunci skrin anda

Dengan mengunci skrin, anda dapat membantu mengelakkan peranti BlackBerry anda daripada
menghantar mesej secara tidak sengaja atau didail semasa berada dalam poket anda. Mengunci skrin
tidak mematikan pemberitahuan untuk panggilan masuk atau mesej masuk.

Tekan kekunci

Kuasa/Kunci di bahagian atas peranti anda.

Untuk membuka kunci skrin, leret ke atas dari bahagian bawah skrin.

Kunci peranti anda dengan kata laluan

Mencari cara mudah untuk membantu melindungi data peranti BlackBerry anda dan menghalang
penggunaan peranti anda tanpa kebenaran? Anda boleh menetapkan kata laluan peranti supaya anda
boleh mengunci peranti anda semasa peranti itu terdedah atau tidak digunakan.

1. Jika anda tidak mempunyai kata laluan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti. Hidupkan suis Kata Laluan

Peranti. Masukkan kata laluan.

2. Untuk mengunci peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:

• Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci. Ketik .
• Untuk mengunci peranti anda secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu, pada skrin

utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi >

Kata Laluan Peranti. Dalam senarai juntai bawah Kunci Peranti Selepas, pilih selang masa.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

295

background image

• Untuk mengunci peranti anda secara automatik semasa peranti berada dalam sarung BlackBerry ,

pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Keselamatan dan

Privasi > Kata Laluan Peranti. Hidupkan suis Kunci Peranti Semasa Disarungkan.

• Untuk membolehkan aplikasi aktif membatalkan semasa peranti anda dikunci, Contohnya, supaya

peranti anda tidak mengunci semasa anda menonton filem dalam aplikasi Video, pada skrin
utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin. Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi >

Kata Laluan Peranti. Hidupkan suis Benarkan Aplikasi Memanjangkan Masa Kunci Kata
Laluan
.

Untuk membuka kunci peranti anda, tekan kekunci

Kuasa/Kunci. Leret ke atas dari bahagian bawah

skrin. Semasa digesa, masukkan kata laluan peranti anda.

Mengunci peranti anda dengan kata laluan ruang kerja anda

Jika peranti BlackBerry anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance untuk mengasingkan kerja
dan aktiviti peribadi, anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang
kerja dan kata laluan peranti anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti > BlackBerry Balance.
3. Jika digesa, taipkan kata laluan ruang kerja anda.
4. Hidupkan suis Gunakan sebagai kata laluan peranti saya.
5. Taipkan kata laluan peranti anda. Ketik OK.
6. Taipkan kata laluan ruang kerja anda. Ketik OK.

Buka kunci peranti anda dengan kod buka kunci rangkaian

Untuk mendapatkan kod buka kunci untuk peranti BlackBerry anda, hubungi pembekal khidmat anda.

Peranti anda mungkin dikunci rangkaian yang membolehkan peranti anda untuk membuat sambungan
rangkaian mudah alih dengan pembekal perkhidmatan semasa anda sahaja. Jika anda bercadang untuk
perjalanan antarabangsa dan ingin menggunakan kad SIM daripada pembekal perkhidmatan lain, anda
mungkin perlu memasukkan kod buka kunci.

Petua: Untuk melihat pembekal perkhidmatan semasa yang dikaitkan dengan peranti anda, pada skrin
utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Perihal. Dalam senarai juntai bawah

Kategori, ketik Kad SIM.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.
3. Dalam bahagian Kunci Rangkaian Telefon, ketik item yang dikunci.
4. Apabila digesa, masukkan kod buka kunci.

AWAS: Atas sebab keselamatan, setiap kod buka kunci hanya boleh salah dimasukkan sebanyak 10
kali. Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kod buka kunci, kad

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

296

background image

SIM anda hanya akan membenarkan panggilan kecemasan sahaja. Untuk bantuan, hubungi pembekal
perkhidmatan anda.