Memaparkan teks apabila peranti anda dikunci
Anda boleh memaparkan teks pada skrin peranti BlackBerry anda apabila peranti dikunci. Contohnya,
anda boleh memaparkan petikan kegemaran, maklumat kenalan kecemasan atau maklumat hubungan
anda sendiri supaya jika anda kehilangan peranti anda, sesiapa yang menjumpainya boleh menghubungi
anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Skrin Kunci.
3. Dalam medan Mesej Skrin Kunci, taipkan teks.
Untuk memadam teks yang muncul pada skrin apabila peranti anda dikunci, padam teks dalam medan
Mesej Skrin Kunci.
Keselamatan dan sandaran
Panduan Pengguna
297