Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menggunakan Kawalan Ibu Bapa

background image

Menggunakan Kawalan Ibu Bapa

Kawalan Ibu Bapa direka bentuk untuk memberi anda lebih kawalan ke atas cara peranti BlackBerry
boleh digunakan dan dihubungi. Anda boleh mematikan akses ke aplikasi, ciri dan kandungan tertentu.
Anda juga boleh menyekat panggilan telefon dan mesej masuk kepada kenalan dalam aplikasi Kenalan.

Tetapan Kawalan Ibu Bapa dilindungi dengan kata laluan, menjadikannya sukar untuk ditukar atau
dimatikan tanpa pengetahuan anda. Anda boleh menetapkan peranti anda supaya kata laluan Kawalan
Ibu Bapa diperlukan untuk menambah akaun e-mel atau rangkaian sosial atau untuk membeli aplikasi
daripada kedai BlackBerry World.

Nota: Jika teknologi BlackBerry Balance dihidupkan, ciri Kawalan Ibu Bapa tidak tersedia.

Sekat atau hadkan akses ke ciri dan kandungan

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kawalan Ibu Bapa.
3. Hidupkan suis Kawalan Ibu Bapa.
4. Masukkan kata laluan Kawalan Ibu Bapa.
5. Tukar pilihan.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

304