Menukar tetapan cerita anda
1. Dalam BlackBerry Story Maker, ketik cerita.
2. Ketika cerita dimainkan, ketik skrin.
3. Ketik > .
4. Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk mengeluarkan tajuk dan penghargaan daripada cerita anda, matikan suis
Tajuk dan
Penghargaan.
• Untuk mengeluarkan kolaj daripada cerita anda, matikan suis
Atur Gambar dalam Kolaj.
Media
Panduan Pengguna
122
• Untuk mengatur gambar dan video dalam susunan kronologi, matikan suis
Susun Semula Media
Secara Automatik.
• Untuk menyimpan kepanjangan video yang dirakam, matikan suis
Pangkas Video Secara
Automatik.
• Untuk melaraskan panjang cerita secara automatik agar sepadan dengan muzik yang anda pilih,
hidupkan suis
Laraskan Kepanjangan Cerita dengan Muzik.
Nota: Jika suis tidak tersedia, ia bermakna tema yang sedang digunakan dalam cerita anda tidak
menyokong tetapan tersebut atau cerita tidak mengandungi sebarang media yang terlibat dengan
tetapan tersebut. Contohnya, jika cerita anda mengandungi video, suis
Atur Gambar dalam Kolaj tidak
tersedia.