Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Ambil gambar

background image

Ambil gambar

Peranti BlackBerry anda menganalisis keadaan pencahayaan semasa dan mencadangkan
pemandangan atau mod paling sesuai untuk keadaan tersebut. Untuk menerima cadangan, ketik
cadangan di bahagian atas skrin.

1. Membuka aplikasi Kamera. Untuk mengezum ke dalam atau keluar, rapatkan atau regangkan jari

anda pada skrin.

Media

Panduan Pengguna

95

background image

Nota: Zum hanya berfungsi dalam mod tangkapan Normal dan Penstabilan.

2. Ketik kawasan skrin yang anda ingin fokuskan. Anda boleh fokus pada mana-mana bahagian imej di

atas skrin, bukan hanya ditengah-tengah skrin.

3. Apabila kotak fokus menjadi hijau, lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk mengambil satu gambar, ketik .
• Untuk mengambil gambar berterusan semasa mod Tangkapan letusan dihidupkan, sentuh dan

tahan

. Bilangan gambar yang diambil dalam mod Letus muncul di penjuru kiri bawah skrin.

Kamera berhenti mengambil gambar apabila anda mengangkat jari anda daripada skrin.

Petua: Anda boleh menghidupkan garisan grid untuk membantu anda meletakkan item ditengah-tengah
gambar atau untuk memastikan gambar anda tegak. Untuk menghidupkan garisan grid, dalam aplikasi
Kamera, ketik

>

Tetapan . Hidupkan suis Paparkan Garis Grid.