Mengambil gambar panorama.
Ciri panorama di peranti BlackBerry anda mengambil berbilang gambar dan menggabungkannya dengan
lancar ke dalam satu gambar. Mod tangkapan berfungsi dengan baik apabila anda cuba menangkap
pemandangan yang mengagumkan atau sekumpulan besar orang.
Nota: Mod panorama tidak boleh digunakan dengan mod Siri atau Time Shift.
1. Untuk menghidupkan mod Panorama, dalam aplikasi Kamera, ketik > .
2. Untuk mengambil gambar panorama, ketik dan menyorot ke arah imej yang anda ingin tangkap.
3. Gerakkan peranti anda perlahan-lahan sehingga kotak legap pada skrin memenuhi garisan kotak.
4. Terus menggerakkan peranti anda sehingga anda telah menangkap kesemua imej yang anda
inginkan.
5. Ketik .
Penting: Apabila mengambil gambar panorama, jangan gerakkan peranti anda terlalu cepat semasa
menyorot dan pastikan peranti anda stabil. Pergerakan yang banyak akan menghasilkan gambar
panorama berkualiti rendah.