Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Geotag gambar anda

background image

Geotag gambar anda

Apabila anda geotag gambar yang anda ambil dengan peranti BlackBerry, anda menambahkan lokasi
GPS pada gambar anda. Menambah maklumat ini membolehkan peranti anda menghasilkan cerita
automatik yang disusun mengikut lokasi di mana gambar diambil.

Nota: Maklumat GPS yang digunakan untuk menghasilkan cerita automatik tidak akan dikongsi dengan
sesiapa pun.

1. Dalam aplikasi Kamera, ketik > Tetapan.
2. Hidupkan suis Geotag Gambar.