Saya tidak dapat mengambil gambar panorama yang tidak kabur
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Jika gambar panorama anda menjadi kabur, cuba perlahankan semasa anda menyorot peranti
BlackBerry anda dari satu sisi ke sisi yang lain. Berhenti menggerakkan peranti anda apabila kotak
pada skrin sejajar.
• Mod panorama berfungsi dengan baik apabila digunakan untuk mengambil gambar pemandangan
dengan butiran visual yang banyak pada latar belakang. Mod panorama tidak berfungsi dengan baik
pada pemandangan atau latar belakang monokrom, seperti dinding putih.