Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menggunakan BlackBerry ID anda untuk menukar peranti

background image

Menggunakan BlackBerry ID anda untuk menukar peranti

Menggunakan BlackBerry ID anda pada peranti baru

Apabila anda beralih ke peranti BlackBerry baru, semasa persediaan, anda akan diminta untuk
memasukkan nama pengguna dan kata laluan BlackBerry ID anda. Adalah penting untuk menggunakan
BlackBerry ID sama yang anda gunakan pada peranti sebelum ini, oleh kerana banyak aplikasi dan
tetapan anda dikaitkan dengan BlackBerry ID anda.

Sebagai contoh, semasa anda menggunakan BlackBerry ID sedia ada pada peranti baru anda, anda
boleh memasang semula aplikasi yang telah dimuat turun pada peranti anda sebelum ini daripada kedai
BlackBerry World, jika versi aplikasi itu wujud untuk peranti baru anda.

Cari BlackBerry ID anda pada peranti lama anda

Jika anda telah mencipta BlackBerry ID sebelum ini dan menukar kepada peranti BlackBerry baru,
adalah penting untuk mendaftar masuk menggunakan BlackBerry ID sedia ada anda kerana kebanyakan
aplikasi dan tetapan anda dikaitkan dengannya.

1. Pada skrin utama peranti lama anda, klik Pilihan.
2. Bergantung pada peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:

• Klik

Aplikasi Pihak Ketiga > BlackBerry ID.

• Klik

Peranti > BlackBerry ID.

• Klik

BlackBerry ID.