Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Bersedia untuk menukar peranti

background image

Bersedia untuk menukar peranti

Sebelum anda mula menukar kepada peranti BlackBerry 10 baru anda, luangkan sedikit masa untuk
memastikan yang anda telah melengkapkan tindakan berikut.

• Lengkapkan semua arahan dalam aplikasi Persediaan yang dibuka semasa kali pertama peranti

BlackBerry 10 anda dimulakan selepas anda memasukkan bateri. Anda boleh mencari aplikasi
Persediaan pada skrin utama peranti anda.

• Jika anda mempunyai maklumat yang disimpan pada kad SIM anda, seperti maklumat kenalan,

simpan data tersebut pada ruang storan di peranti lama anda atau kad media anda sebelum mula
menukar peranti.

• Jika anda mempunyai sebarang nama pengguna atau kata laluan yang disimpan di peranti lama

anda, seperti BlackBerry ID anda, pertimbangkan menulis maklumat ini untuk sementara waktu
supaya anda ada maklumat ini semasa anda ingin menambahkan akaun pada peranti baru anda.