Menggunakan BlackBerry ID anda untuk menukar peranti
Apabila anda bertukar ke peranti BlackBerry baru, semasa persediaan, anda diminta untuk memasukkan
nama pengguna dan kata laluan BlackBerry ID anda. Adalah penting untuk mendaftar masuk
menggunakan BlackBerry ID sama yang anda gunakan pada peranti sebelum ini, oleh kerana banyak
aplikasi dan tetapan anda dikaitkan dengan BlackBerry ID anda.
Sebagai contoh, semasa anda menggunakan BlackBerry ID sedia ada pada peranti baru anda, anda
boleh memasang semula aplikasi yang telah dimuat turun pada peranti anda sebelum ini daripada kedai
BlackBerry World, jika versi aplikasi itu wujud untuk peranti baru anda.