Memindahkan data menggunakan kad media
Kaedah pemindahan data ini hanya tersedia jika anda menukar daripada peranti BlackBerry yang
menjalankan versi BlackBerry 7.
Kaedah ini direka bentuk untuk mengalih data dalam ruang peribadi anda tetapi bukan data dalam ruang
kerja anda.
Hanya data yang disimpan dalam ruang storan di peranti lama anda dipindahkan. Sebarang data yang
disandarkan atau disegerakkan secara wayarles dengan akaun berasaskan web tidak dipindahkan ke
peranti baru anda.
1. Pada peranti lama anda, klik Persediaan > Penukaran Peranti.
2. Klik Menggunakan Kad Media > Simpan Data.
3. Lengkapkan arahan pada skrin.
4. Apabila sandaran selesai, keluarkan kad media daripada peranti lama anda dan masukkannya ke
dalam peranti BlackBerry 10 anda.
5. Pada peranti BlackBerry 10 anda, di skrin utama, ketik > .
6. Lengkapkan arahan pada skrin.