Memindahkan maklumat kenalan menggunakan kad SIM
Peranti BlackBerry 10 menggunakan sama ada kad SIM mikro atau kad SIM nano. Anda boleh
menggunakan kaedah ini jika anda bertukar daripada BlackBerry 10 yang lain yang menggunakan saiz
kad SIM yang sama.
1. Pada peranti lama anda, ketik Kenalan.
2. Leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
3. Ketik .
4. Di bawah Kad SIM, ketik Salin Kenalan daripada Peranti ke Kad SIM.
5. Apabila kenalan anda disalin ke kad SIM anda, keluarkan kad SIM dan masukkannya ke dalam
peranti baru anda.
6. Pada peranti baru anda, ketik Kenalan.
7. Leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
8. Ketik .
9. Di bawah Kad SIM, ketik Import Kenalan daripada Kad SIM.
Nota: Jika anda telah memasang BlackBerry Balance di peranti anda, maklumat kenalan yang disimpan
dalam ruang kerja anda mungkin tidak disalin ke kad SIM anda.
Persediaan dan asas
Panduan Pengguna
35