Peranti saya sebelum ini tidak mengesan peranti BlackBerry 10 baru saya
Apabila anda menggunakan rangkaian Wi-Fi dan aplikasi Device Switch untuk menukar peranti, peranti
anda mungkin tidak dapat menyambung jika anda menggunakan rangkaian Wi-Fi korporat, akademik
Persediaan dan asas
Panduan Pengguna
37
atau awam. Apabila anda menukar peranti, cuba gunakan rangkaian rumah yang membenarkan
sambungan.
Jika anda menggunakan rangkaian rumah untuk menyambung peranti anda dan anda masih tidak boleh
menyambung peranti anda, cuba yang berikut:
1. Tanggalkan palam penghala daripada sumber kuasa dan mulakan semula kedua-dua peranti.
2. Tunggu 30 saat.
3. Pasang palam penghala dan pastikan ia dihidupkan.
4. Tunggu 2 minit.
5. Gerakkan kedua-dua peranti lebih kurang 3 kaki (1.83 m) daripada penghala.
6. Hidupkan kedua-dua peranti.
7. Cuba jalankan aplikasi Device Switch sekali lagi.
Aplikasi Device Switch disokong oleh Media Mushroom. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, lawat
www.deviceswitch.com
atau hubungi Media Mushroom di
contact@mediamushroom.com
.