Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menyandarkan data peranti anda

background image

Menyandarkan data peranti anda

Menggunakan komputer dan BlackBerry Link, anda boleh membuat sandaran dan memulihkan hampir
semua data di peranti BlackBerry anda. Anda boleh membuat sandaran tetapan, sejarah telefon, fon,
carian disimpan, mesej, menyusun data, penanda halaman pelayar dan fail media.

Anda harus mencipta dan menyimpan fail sandaran pada komputer anda secara kerap, terutamanya
sebelum anda mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran semasa pada
komputer anda mungkin membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti anda hilang, dicuri
atau rosak disebabkan isu yang tidak dijangka.

Nota: Jika peranti anda diaktifkan pada penyelesaian Enterprise Mobility Management daripada
BlackBerry, hubungi pentadbir anda untuk mengesahkan sama ada anda boleh membuat sandaran dan
memulihkan data peranti anda.