Tambah akaun e-mel dan rangkaian sosial pada peranti baru anda
Maklumat kalendar dan kenalan yang berkaitan dengan akaun e-mel atau rangkaian sosial boleh
ditambah apabila anda menambah akaun pada peranti BlackBerry 10 baru anda. Sekiranya anda
menggunakan aplikasi Device Switch untuk bertukar daripada peranti BlackBerry yang menjalankan
BlackBerry OS (versi 5.0 hingga 7.1), akaun e-mel anda mungkin telah disediakan di peranti BlackBerry
10 baru anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Akaun.
3. Jika perlu, ketik .
4. Ketik jenis akaun.
5. Lakukan salah satu perkara berikut:
• Jika anda menambah akaun e-mel, masukkan alamat e-mel. Ketik
Seterusnya. Masukkan kata
laluan untuk akaun. Ketik
Seterusnya. Jika perlu, tukar sebarang tetapan penyegerakan.
• Jika anda menambah akaun rangkaian sosial, masukkan maklumat akaun anda. Jika perlu, tukar
sebarang tetapan penyegerakan atau tetapan peringatan.
6. Ketik Selesai.