Mengumpulkan dan mengatur tugas, nota dan pelbagai perkara lain dengan
aplikasi Remember
Jika anda merancang untuk bercuti ke Paris, anda boleh membuat folder yang dipanggil "Percutian ke
Paris" dalam aplikasi Remember. Sambil anda melayari Internet di peranti anda, anda boleh menghantar
laman web berkaitan percutian ke folder. Apabila anda mengingati sesuatu yang perlu anda lakukan
sebelum pergi bercuti, anda boleh menambahkan item tugas ke folder dan menambahkan tarikh akhir
pada item tersebut supaya anda tidak terlupa tentangnya. Kesemua perkara yang perlu anda ingat
tentang percutian itu ada dalam satu tempat.
Aplikasi Remember direka bentuk supaya menyegerakkan dengan akaun yang anda tambahkan pada
peranti BlackBerry anda. Jika anda menambah akaun e-mel kerja pada peranti anda, tugas, nota dan
mesej anda yang dibenderakan daripada akaun kerja anda kekal disegerakkan dengan aplikasi
Remember. Jika anda menambahkan akaun Evernote pada peranti anda, anda boleh mengakses buku
nota Evernote anda dalam aplikasi Remember dan menyegerakkan folder Remember anda ke Evernote.
Produktiviti dan kerja
Panduan Pengguna
287