Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Di manakah gambar yang baru sahaja saya ambil?

background image

Di manakah gambar yang baru sahaja saya ambil?

Nota: Kamera mungkin tidak tersedia bergantung kepada model peranti BlackBerry anda.

Jika peranti anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance, anda mempunyai aplikasi Kamera di
ruang peribadi anda dan satu lagi di ruang kerja anda. Gambar dan video yang diambil menggunakan
kamera di ruang peribadi anda disimpan di ruang peribadi anda. Semua fail yang disimpan pada kad
media anda juga disimpan di ruang peribadi anda. Gambar dan video yang diambil menggunakan
aplikasi Kamera di ruang peribadi anda disimpan di ruang peribadi anda. Lampiran, termasuk gambar
dan video, yang disimpan daripada mesej e-mel kerja boleh diakses hanya di ruang kerja.

Contohnya, dalam BBM yang merupakan aplikasi peribadi, untuk mencipta gambar profil, anda boleh
menggunakan gambar yang diambil menggunakan kamera di ruang peribadi anda atau gambar yang
dimuat turun daripada mesej e-mel yang dihantar ke akaun e-mel peribadi. Anda tidak boleh
menggunakan gambar yang diambil menggunakan kamera di ruang kerja anda atau gambar yang
dimuat turun daripada mesej e-mel yang dihantar ke akaun kerja anda. Aplikasi peribadi tidak boleh
mengakses gambar dan dokumen di ruang kerja anda.

Nota: Dalam ruang kerja anda, jika anda mengetik ikon kamera di bahagian bawah skrin

, aplikasi

Kamera dari ruang peribadi anda akan dibuka di ruang kerja anda. Untuk membuka kamera ruang kerja
anda, ketik ikon aplikasi Kamera

pada skrin utama.