Kunci ruang kerja anda
Jika peranti BlackBerry anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance untuk mengasingkan aktiviti
kerja dan peribadi, anda boleh mengunci ruang kerja anda dan teruskan mengakses fail peribadi,
aplikasi peribadi dan data peribadi dalam ruang peribadi di peranti anda.
Anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang kerja dan kata laluan
peranti anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.
1. Untuk mencipta kata laluan jika anda tiada kata laluan ruang kerja, pada skrin utama, leret ke bawah
dari bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > BlackBerry Balance. Hidupkan suis Kata Laluan Kerja.
Taipkan kata laluan. Jika anda mahu menggunakan kata laluan yang sama bagi kata laluan peranti
anda, hidupkan suis
Gunakan sebagai kata laluan peranti saya.
2. Pada skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
• Untuk mengunci ruang kerja anda dengan segera, ketik .
• Untuk mengunci ruang kerja anda secara automatik selepas satu masa tertentu, ketik Tetapan
>
BlackBerry Balance. Dalam senarai juntai bawah Kunci Ruang Kerja Selepas, pilih selang
masa.
Pastikan anda tidak lupa kata laluan ruang kerja anda. Jika anda lupa kata laluan anda, hubungi
pentadbir anda untuk menetapkannya semula. Jika anda telah melebihi bilangan percubaan yang
dibenarkan untuk memasukkan kata laluan ruang kerja anda, ruang kerja anda dan semua
kandungannya akan dipadamkan.