Tukar kata laluan ruang kerja anda
Anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang kerja dan kata laluan
peranti BlackBerry anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > BlackBerry Balance. Lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk menukar kata laluan ruang kerja anda, ketik
Tukar Kata Laluan. Taipkan kata laluan ruang
kerja anda. Taipkan kata laluan baru.
• Untuk membuka kunci ruang kerja dan peranti anda menggunakan kata laluan yang sama,
hidupkan suis
Gunakan sebagai kata laluan peranti saya. Taipkan kata laluan peranti anda.
Taipkan kata laluan ruang kerja anda.
• Untuk menukar bila ruang kerja anda secara automatik terkunci, dalam senarai juntai bawah
Kunci Ruang Kerja Selepas, pilih selang masa.
• Untuk menetapkan bilangan maksimum kesilapan menaip kata laluan ruang kerja anda, dalam
senarai juntai bawah
Had Cubaan Kata Laluan, pilih nombor.
Pastikan anda tidak lupa kata laluan ruang kerja anda. Jika anda lupa kata laluan anda, hubungi
pentadbir anda untuk menetapkannya semula. Jika anda telah melebihi bilangan percubaan yang
Produktiviti dan kerja
Panduan Pengguna
282
dibenarkan untuk memasukkan kata laluan ruang kerja anda, ruang kerja anda dan semua
kandungannya akan dipadamkan.