Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Mel Suara

background image

Mel Suara

Bergantung kepada pembekal perkhidmatan anda, terdapat dua jenis mel suara tersedia di peranti
BlackBerry anda: perkhidmatan mel suara standard dan mel suara visual.

Telefon dan suara

Panduan Pengguna

57

background image

Dengan mel suara standard, anda boleh menyediakan nombor akses dan kata laluan mel suara anda,
supaya anda boleh memanggil perkhidmatan mel suara anda daripada skrin Panggilan dalam aplikasi
Telefon.

Jika anda melanggan perkhidmatan mel suara visual, anda boleh melihat senarai mesej mel suara anda,
memainkan mesej mel suara anda, dan menukar pelbagai tetapan mel suara daripada peranti BlackBerry
anda, tanpa perlu memanggil perkhidmatan mel suara anda. Bergantung pada ciri pembekal
perkhidmatan yang disokong, mesej mel suara anda boleh dimuat turun secara automatik ke peranti
anda dan anda boleh menjeda, mara laju atau putar balik mesej mel suara sambil anda mendengarnya.
Anda juga boleh memajukan mesej mel suara, menghantar balasan kepada orang yang meninggalkan
mesej mel suara, atau memadam mesej mel suara dari dalam aplikasi Telefon atau BlackBerry Hub.

Pembekal perkhidmatan anda mungkin secara automatik memadam mesej selepas tempoh masa
tertentu. Jika anda tidak mahu mesej dipadam secara automatik, anda boleh menyimpannya ke peranti
anda.

Bergantung pada negara atau rantau anda, perkhidmatan mel suara visual mungkin tidak tersedia. Anda
perlu melanggan perkhidmatan mel suara visual untuk mengakses ciri. Hubungi pembekal perkhidmatan
anda untuk melanggan.