Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menggunakan perkhidmatan mel suara visual

background image

Menggunakan perkhidmatan mel suara visual

Mendengar mesej mel suara visual

1. Dalam BlackBerry Hub atau aplikasi Telefon, ketik mesej mel suara.
2. Ketik .

Memajukan mesej mel suara visual

1. Dalam BlackBerry Hub atau aplikasi Telefon, sentuh dan tahan mesej mel suara.
2. Ketik .

Telefon dan suara

Panduan Pengguna

58

background image

Menyimpan mesej mel suara visual

Sistem mel suara pembekal perkhidmatan anda mungkin secara automatik memadam mesej selepas
tempoh masa tertentu. Jika anda tidak mahu mesej dipadam secara automatik, anda boleh
menyimpannya ke peranti anda.

1. Dalam BlackBerry Hub atau aplikasi Telefon, sentuh dan tahan mesej mel suara.
2. Ketik Simpan.

Menukar ucapan mel suara visual anda

Ucapan mel suara anda adalah mesej keluar yang didengar oleh pemanggil sebelum meninggalkan
mesej mel suara. Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, ciri ini mungkin tidak
disokong.

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik .
3. Ketik > Menukar Ucapan Mel Suara.
4. Dalam senarai juntai bawah Ucapan, lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk memainkan nombor telefon anda sebagai ucapan mel suara, ketik

Nombor Telefon.

• Untuk memainkan nama anda sebagai ucapan mel suara, ketik

Nama.

• Untuk merakam ucapan mel suara tersuai, ketik

Mesej Peribadi.

Menukar kata laluan mel suara visual anda

Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, ciri ini mungkin tidak disokong.

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > .
3. Ketik Tukar Kata Laluan.

Mengelakkan mesej mel suara visual daripada memuat turun semasa perayauan

Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, ciri ini mungkin tidak disokong.

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > .
3. Kosongkan kotak semak Perayauan Antarabangsa.