Tukar antara talian telefon tempat kerja dan talian telefon peribadi anda
Sesetengah syarikat dan organisasi menyokong dua talian telefon: satu untuk kegunaan peribadi dan
satu untuk kegunaan kerja. Anda boleh membuat panggilan menggunakan nombor telefon yang
berlainan, membolehkan anda dan organisasi anda membezakan antara kegunaan peribadi dan
kegunaan kerja bagi peranti anda. Anda juga boleh melihat panggilan terbaru bagi setiap talian telefon,
dan melihat talian telefon yang sedang dipanggil apabila anda menerima panggilan masuk.
1. Dalam aplikasi Telefon, ketik .
2. Ketik Tukar Talian Telefon.
3. Ketik talian telefon.
4. Ketik Pilih.