Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Hadkan nombor telefon yang anda boleh hubungi

background image

Hadkan nombor telefon yang anda boleh hubungi

Semasa anda menyediakan dan menggunakan nombor dailan tetap, anda hanya boleh membuat
panggilan dan menghantar mesej teks ke nombor telefon yang anda tambah pada senarai nombor
dailan tetap. Contohnya, jika anda berikan peranti BlackBerry anda kepada anak anda untuk digunakan,
anda boleh mengehadkan nombor telefon yang boleh dipanggil oleh anak anda. Untuk menggunakan
nombor dailan tetap, pembekal perkhidmatan anda mesti menyediakan kad SIM anda untuk ciri ini.
Bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, ciri ini mungkin tidak disokong.

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > Nombor Dailan Tetap.
3. Hidupkan suis Nombor Dailan Tetap.
4. Masukkan kod keselamatan SIM yang diberikan oleh pembekal khidmat anda.
5. Ketik OK.
6. Ketik Edit Senarai.
7. Taip nama dan nombor telefon.