Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Cas peranti anda

background image

Cas peranti anda

Sebelum anda mula menggunakan peranti BlackBerry anda, anda perlu mengecasnya kerana bateri
yang disertakan dengan peranti anda tidak dicas sepenuhnya.

Cas peranti anda menggunakan pengecas yang disediakan oleh BlackBerry di dalam kotak yang
didatangkan bersama peranti anda. Anda juga boleh mengecas peranti anda menggunakan kabel USB
dengan menyambungkannya ke komputer tetapi cara ini mengambil masa lebih lama.

AWAS: Pengecas lain mungkin tidak memberikan kuasa yang mencukupi dan mungkin merosakkan
peranti anda.

Tetapan

Panduan Pengguna

133

background image

Pegang kabel dengan logo BlackBerry (

) menghadap bahagian hadapan peranti, dan sambungkan

kabel ke port USB di peranti anda. Pasangkan pengecas ke salur keluar elektrik.

Memastikan bateri anda dicaj

Peranti BlackBerry anda menggunakan bateri litium-ion. Untuk memaksimumkan penggunaan jenis
bateri ini, jika boleh, lakukan perkara berikut:

• Elakkan daripada menggunakan peranti anda semasa mengecas untuk membantunya mengecas

lebih cepat.

• Cas peranti anda dengan kerap walaupun jika cas bateri masih banyak.
• Elakkan daripada mengecas, mengguna atau menyimpan peranti anda di tempat yang terlalu panas

atau sejuk seperti pada papan pemuka kenderaan.

• Elakkan daripada membiarkan peranti anda dimatikan dengan paras kuasa bateri yang rendah bagi

satu tempoh masa yang lama.

• Jika peranti anda mempunyai bateri yang boleh ditanggal dan anda tidak menggunakan peranti anda

lebih daripada beberapa hari, cas sebahagian bateri. Anda boleh keluarkan bateri dan menyimpannya
di tempat yang kering pada suhu bilik untuk menjimatkan kuasa bateri.