Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Kaedah input papan kekunci

background image

Kaedah input papan kekunci

Satu kaedah input yang membolehkan anda menaip perkataan atau aksara yang tidak tersedia
menggunakan aksara pada reka letak papan kekunci anda. Dalam sesetengah kes, kaedah input
memberikan anda anggaran fonetik bagi perkataan berdasarkan reka letak papan kekunci yang anda
gunakan. Peranti anda akan mencadangkan aksara atau diakritik berdasarkan bunyi yang anda pilih.

Dalam kes lain, kaedah input menyediakan anda dengan gerak isyarat dan gabungan kekunci bagi
bahasa. Sesetengah kaedah input papan kekunci adalah biasa untuk semua bahasa yang disokong,
seperti ramalan perkataan atau memilih aksara aksen dengan menekan dan menahan kekunci.

Semua kaedah input papan kekunci juga menyokong menggunakan kekunci

untuk mengakses

simbol.

Anda boleh menggunakan peranti BlackBerry anda dalam pelbagai bahasa, tanpa mengambil kira
bahasa lalai yang anda pilih. Walau bagaimanapun, perbezaan antara bahasa yang anda gunakan
mungkin bermakna anda memerlukan petua khusus untuk menggunakan Papan Kekunci BlackBerry
anda dengan bahasa yang berbeza daripada reka letak papan kekunci lalai. Contohnya, jika anda
menggunakan bahasa yang mempunyai lebih banyak aksara dalam abjad daripada bahasa yang
menyokong papan kekunci, anda perlu mengetahui cara untuk mengakses aksara tambahan tersebut.