Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Panduan aksara untuk bahasa berasaskan Latin

background image

Panduan aksara untuk bahasa berasaskan Latin

Banyak bahasa yang menggunakan abjad Latin; namun, terdapat tiga reka letak papan kekunci yang
menggunakan abjad Latin pada peranti BlackBerry anda. Jika anda menyediakan lebih daripada satu
bahasa input, ambil perhatian bahawa reka letak papan kekunci mungkin berubah.

Reka letak papan kekunci QWERTY digunakan oleh banyak bahasa; ia tidak terhad kepada satu
kawasan geografi sahaja. Bahasa tertentu mungkin mempunyai sedikit perbezaan pada kekunci atau
simbol yang tersedia, tetapi papan kekunci asas adalah sama. Reka letak papan kekunci QWERTY
digunakan untuk input bahasa Inggeris Amerika, Inggeris Eropah, Czech, Denmark, Belanda, Itali,
Poland, Brazil, Portugis, Romania, Sepanyol, Catalan, Galicia, Basque dan Vietnam.

Papan kekunci QWERTY asas kelihatan seperti ini:

Reka letak papan kekunci QWERTZ digunakan untuk menaip dalam bahasa Jerman, Czech dan
Hungary.

Reka letak papan kekunci QWERTZ asas kelihatan seperti ini:

Tetapan

Panduan Pengguna

185

background image

Reka letak papan kekunci AZERTY digunakan untuk menaip dalam bahasa Perancis.

Papan kekunci AZERTY asas kelihatan seperti ini:

Papan kekunci QWERTY, QWERTZ dan AZERTY yang menggunakan abjad Latin mempunyai aksara
ganti yang berbeza bergantung kepada bahasa yang anda pilih. Contohnya, dalam bahasa Perancis, jika
anda ketik dan tahan huruf A, menu ramalan memaparkan aksara aksen untuk huruf A. Dalam bahasa
Romania, jika anda ketik dan tahan huruf S, menu ramalan muncul dengan ß di antara pilihan. Lakukan
eksperimen dengan Papan Kekunci BlackBerry untuk mengetahui kekunci yang mengandungi aksara
ganti.