Hidupkan mod Besarkan
Anda boleh menggunakan mod Besarkan untuk membesarkan maklumat pada skrin peranti BlackBerry
anda. Anda boleh mengezum ke dalam atau mengezum keluar dari skrin, walaupun anda menggunakan
aplikasi yang biasanya tidak menyokong pengezuman.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian.
3. Hidupkan suis Mod Pembesaran.
Maklumat pada skrin kelihatan lebih besar.
4. Untuk bergerak di sekeliling skrin yang dibesarkan, gunakan dua jari untuk menggerakkan skrin ke
mana-mana arah yang ingin anda pergi.