Hidupkan kemas kini automatik untuk perisian peranti anda
Apabila kemas kini perisian untuk peranti BlackBerry anda tersedia dan peranti anda bersambung ke
rangkaian Wi-Fi, kemas kini perisian akan dimuat turun dan dipasang secara automatik di peranti anda.
Apabila ciri ini dihidupkan, anda tidak akan dimaklumkan bila kemas kini mula dipasang, tetapi anda
akan diminta memulakan semula peranti untuk melengkapkan pemasangan.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Kemas Kini Perisian.
3. Ketik .
4. Hidupkan suis Memuat Turun dan Pasang Kemas Kini Perisian Secara Automatik.