Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry Link

background image

Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry
Link

Jika anda memulihkan peranti BlackBerry 10 anda kepada tetapan lalai, BlackBerry Link memadam
semua data dan aplikasi pihak ketiga daripada peranti anda. Sebarang dasar IT yang digunakan pada
peranti anda juga dipadam. Selepas anda memulihkan peranti anda kepada tetapan lalainya, anda boleh
menjalankan aplikasi persediaan pada peranti anda untuk menyediakan peranti sekali lagi.

Sebelum anda mula, anda perlu menyandarkan data anda agar anda mempunyai salinan data di
komputer anda.

AWAS: Anda tidak boleh menghentikan proses memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai selepas ia
bermula. Jika anda menetapkan semula peranti anda, proses itu diteruskan selepas peranti dimulakan
semula.

1. Pada komputer anda, buka BlackBerry Link.
2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Lakukan salah satu perkara berikut:

Tetapan

Panduan Pengguna

132

background image

• Pada komputer Windows, klik

Sandarkan & Pulihkan. Klik Tetapan Semula Kilang.

• Pada komputer Mac, klik

BlackBerry Link > Keutamaan. Klik Muat Semula > Muat Semula.