Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Mengenai mengemas kini perisian peranti anda dengan BlackBerry Link

background image

Mengenai mengemas kini perisian peranti anda dengan BlackBerry Link

Anda mungkin ingin mengemas kini perisian peranti anda atas sebarang alasan yang berikut:

• Untuk mengakses aplikasi dan ciri terkini
• Untuk menyelesaikan isu teknikal
• Pembekal perkhidmatan anda memerlukan anda mengemas kini perisian peranti anda

Jika versi baru perisian peranti tersedia untuk peranti anda, pemberitahuan muncul di komputer anda di
sebelah nama peranti anda dalam BlackBerry Link. Anda boleh memilih untuk memuat turun kemas kini
perisian peranti secara automatik dan juga mengemas kini kepada perisian BlackBerry Link.

Data dan tetapan anda dipulihkan secara automatik ke peranti anda apabila kemas kini perisian selesai.
Ia boleh mengambil masa sehingga satu jam untuk mengemas kini perisian peranti anda. Pada ketika itu,
anda tidak boleh memutuskan sambungan peranti anda daripada komputer anda.