Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry Link

background image

Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry Link

Jika anda memulihkan peranti BlackBerry anda kepada tetapan lalai, BlackBerry Link memadam semua
data dan aplikasi pihak ketiga daripada peranti anda. Sebarang dasar IT yang digunakan pada peranti
anda juga dipadam. Selepas anda memulihkan peranti anda kepada tetapan lalainya, anda boleh
menjalankan aplikasi persediaan pada peranti anda untuk mula menggunakan peranti sekali lagi.

Tetapan

Panduan Pengguna

222

background image

Sebelum anda mula, anda perlu menyandarkan data anda agar anda mempunyai salinan di komputer
anda.

AWAS: Anda tidak boleh menghentikan proses memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai selepas
anda memulakannya. Jika anda menetapkan semula peranti anda, proses itu diteruskan selepas peranti
dimulakan semula.

1. Pada komputer anda, buka BlackBerry Link.
2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Pada komputer Windows, klik

Sandarkan & Pulihkan. Klik Tetapan Semula Kilang.

• Pada komputer Mac, di bahagian atas skrin, klik

BlackBerry Link > Keutamaan. Klik Muat

Semula > Muat Semula.