Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Perihal BlackBerry ID dan BlackBerry Link

background image

Perihal BlackBerry ID dan BlackBerry Link

BlackBerry ID anda adalah nama pengguna (alamat e-mel) dan kata laluan yang digunakan untuk
mengakses berbilang produk dan perkhidmatan BlackBerry, seperti BBM dan kedai BlackBerry World.
Dalam banyak keadaan, BlackBerry ID anda membenarkan produk BlackBerry untuk berfungsi dengan
lancar tanpa menggesa anda untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda.

Jika anda tidak mempunyai BlackBerry ID dan anda inginkannya, anda boleh menciptanya daripada
BlackBerry Link.

Apabila anda mendaftar masuk dengan BlackBerry ID anda dalam BlackBerry Link atau BlackBerry
Blend, komputer anda akan menjadi satu lagi peranti yang dikaitkan dengan BlackBerry ID anda. Semua
peranti anda yang dikaitkan dengan BlackBerry ID anda muncul dalam BlackBerry Link.