Perihal membuat sandaran data peranti
Menggunakan BlackBerry Link, anda boleh membuat sandaran dan memulihkan hampir semua data di
peranti BlackBerry anda. Anda boleh membuat sandaran tetapan, sejarah telefon, fon, carian disimpan,
mesej, menyusun data, penanda halaman pelayar dan fail media.
Tetapan
Panduan Pengguna
219
Anda harus mencipta dan menyimpan fail sandaran pada komputer anda secara kerap, terutamanya
sebelum anda mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran semasa pada
komputer anda mungkin membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti anda hilang, dicuri
atau rosak disebabkan isu yang tidak dijangka.
Nota: Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, hubungi pentadbir anda untuk
mengesahkan sama ada anda boleh membuat sandaran dan memulihkan data peranti anda.